Tips Merancang Majlis Perkahwinan.
Perkahwinan adalah saat terindah dalam kehidupan bagi setiap individu yang masih bujang. Bagi yang dah berkahwin dan nak kahwin lagi 1 tu mungkin bagi mereka lagi indah kot...oopss POLIGAMI ar pula kan.
Siapalah yang tak nak majlis kahwinnya kebaboom meriah kari gitu kan. Setiap insan pasti mahukan majlis idaman yang didambakan sejak di usia muda remaja gitu. Tak ketinggalan aku juga....hehehe senyum meow sat...
Okaylah..kita stop merapu okay. Kali ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk sesiapa jer yang bakal mendirikan rumah bertangga tidak lama lagi or lama lagi.
Tips 1: Pakej Andaman.
Okay pakej andaman ni macam biasalah berkaitan dengan dress masa kahwin, pelamin, make up, persalinan, hantaran, dan macam-macam lagilah.
Sebenarnya ramai yang keliru dan sukar hendak membuat pilihan semasa memilih pakej andaman. Maklumlah setiap butik mempunyai keunikan pakejnya yang tersendiri. Kebiasaannya pemilihan pakej andaman ni bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Bajet.
- Kedudukan Pelamin.
- Keperluan make up.
- Tarikh Perkahwinan.
Okay, tips yang sebenar adalah "memilih pakej andaman mengikut KEPERLUAN dan bukannya KEHENDAK". Selain dari tu juga, apa yang penting semuanya berkait rapat dengan BAJET. Kalau bajet masyuk, maka pilihlah pakej yang anda rasakan berbaloi. Tapi jikaBAJET LIMITED, sila pilih pakej andaman mengikut KEPERLUAN.
Contoh seperti pelamin. Kalau rasa-rasa tiada keperluan untuk pelamin yang bersaiz besar. Maka pelamin 1 panel adalah pilihan yang tepat dan terbaik jika dibandingkan dengan pelamin 3 panel.
Kedudukan pelamin pula. Sama ada pelamin diletakkan didalam rumah ataupun dibawah khemah. Kebiasaannya pihak butik akan mengenakan ekstra caj jika anda memilih untuk bersanding di bawah khemah. Ekstra caj tu adalah untuk palet pelamin a.k.a tapak pelamin.
Tips 2: Wedding Photographer.
Part yang ni pun boleh dikatakan agak sukar. Sebabnya ramai yang mementingkan kualiti gambar perkahwinan mereka. Ini termasuklah aku juga. Yalah kalau bayar riban-riban tapi hasil tak memuaskan, memang hangin 1 badanlah jawabnyakan.
Pemilihan wedding photographer juga bergantung kepada BAJET. Sama seperti andaman, BAJET LIMITED vs ENOUGH BAJET. Anda sendiri tentukan.
Kalau aku, aku pilih KUALITI. Kalau u all ada DSLR sendiri, baik u all suruhlah sesiapa jadi wedding photographer u all. Jimat pun jimat. Tapi kena cari yang mempunyai skil yang cun ar.
Tips 3: Hantaran.
Hantaran pun adalah salah 1 benda wajib ada dalam majlis perkahwinan. Tak perlu bagi hantaran yang mahal-mahal. Cukup sekadar memberi hantaran berupakan barang keperluan dan makanan.
Tok sah lah menggatal nak bagi iPad, iPhone 4/5, Samsung Galaxy SII/SIII/Tab/Note, dan yang seangkatan mahalnyalah. Konon nak tunjuk yang diri tu hebat sebab mampu bagi hantaran yang mahal-mahal. Sedangkan hantaran ni sekadar penambah seri perkahwinan jer.
Hantaran ni seelok-eloknya buat sendiri jer daripada ambil tempahan dari butik pengantin. Sebabnya bukan susah sangat pun nak buat hantaran sendiri. Hantaran ni pun tak perlu nak kebaboom sangat. Cukup hias sesimple dan sedaplah mata memandang.
Tips 4: Door Gift.
Pada zaman ini "Door Gift" adalah 1 trend bagi masyarakat kita ketika melangsungkan majlis perkahwinan sebagai tanda Terima Kasih kepada para tetamu yang hadir.
Rasanya idea "Door Gift" ni dah lama dipraktikkan. Cuma bezanya zaman dulu terutama 90-an, kita bagi bungkusan "BERKAT (makanan yang dibungkus dan di dalamnya ada ayam, serunding, rendang daging, nasi minyak/putih, dan sayur tumis)". Tapi la ni "Door Gift" terbahagi kepada 2 iaitu:
- Door Gift Pengantin dan..
- Door Gift Tuan & Puan rumah (Mak Bapak).
Pemilihan door gift ni adakalanya memeningkan kepala. Kerana kita seboleh-bolehnya nak cut bajet untuk door gift ni.
Ini termasuklah adik aku yang nak kahwin tahun depan. Dia tengah pening nak bagi door gift apa untuk "Door Gift Pengantin".
Bagi aku..door gift ni biar simple dan menjimatkan. Tak der keperluan pun bagi door gift yang mahal-mahal dan banyak. Kadang-kadang tetamu tak heran pun dengan door gift tu.
Okay aku akan kongsikan beberapa idea door gift dengan u all. Harap ianya dapat membantu.
- Mini Cupcake (ala Cupcake Pokodot tu).
- Mini Chocolate Cupcake.
- Handmade Chocolate (ni kalau pandai buat, buat sendiri jer).
- Roti 50 sen + Air Kotak (ni aku selalu jumpa).
- Baulu Besar 1 bungkus (sorry aku tak tau namanya, pandai-pandai ar u all imagine erk).
- Summi 1 paket.
- Kek Lapis.
- Baulu Gulung.
Tips 5: Kad Jemputan Kahwin.
Hah..yang ni pun aku rasa u all boleh cut bajet. Apa kata u all buat jer sendiri. Macam adik aku, aku yang buatkan sample. Lepas tu fotostat jer ar banyak-banyak (psst..bapak giler kedekut)...
Hahahaha..bukan kedekut. Tapi pada aku kad jemputan ni tak perlu nak OVER sangat. Sebab pada aku membazir kot buat kad jemputan mahal-mahal + cantik-cantik. Last-last ke TONG SAMPAH jua akhirnya...sekali lagi aku katakan..akhirnya ke TONG SAMPAH jua akhirnya.
Kalau diikutkan perancangan kita orang (aku dengan adik aku), kita orang fotostat guna kertas keras berwarna. Biasanya kalau fotostat banyak-banyak + guna kertas sendiri. Jimat jer. Kalau u all ada printer sendiri, u all print jer sendiri.
Ala apa susah. Buat jer kad jemputan yang simple guna Microsoft Office Word. Kalau u all ada skil gunalah Microsoft Office Publisher ataupun Photoshop.
Kesimpulannya:
Sepatutnya majlis perkahwinan ni jangan terlalu ikutkan nafsu sangat. Ya memang kahwin ni ada yang kata sekali seumur hidup. Sebenarnya ada jer orang kahwin berkali-kali dalam hidupnya.
Seelok-eloknya jangan terlalu membazir semasa membuat persiapan perkahwinan ni. Sebabnya lepas kahwin nanti u all nak guna duit juga kan. Kalau u all tu anak FAMILY BERUANG tak per ar kan.
La ni ramai sangat yang suka berhabis sakan masa buat majlis kahwin. Ada yang berhabis sampai puluhan ribu ringgit Malaysia pun ada. Last-last bercerai. Kalau perkara macam ni terjadi, memang merugikan jer u all berhabis puluhan ribu tapi tak kekal lama.
Nasihat terpenting yang aku nak share adalah "JANGAN BERHUTANG UNTUK MELAKSANAKAN MAJLIS PERKAHWINAN IDAMAN HATI", nanti tak pasal-pasal menyesal di kemudian hari.
Dipetik dari www.sembangcyber.com
No comments:
Post a Comment