Tips Memakai Minyak Wangi



Memakai minyak wangi dapat menambahkan lagi keyakinan setiap wanita. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk pemakaian minyak wangi yang betul.
1) SESUAIKAN DENGAN LOSEN BADAN
Setelah mandi, mungkin anda terbiasa mengunakan losen badan. Bila memakai minyak wangi, sesuaikan wangian dari losen badan dengan minyak wangi yang anda pakai. Selain itu, sebaiknya menggunakan losen badan terlebih dahulu sebelum menyembur minyak wangi kerana losen badan dapat mengurangkan aroma harum dari minyak wangi.
2) SEMBUR MINYAK WANGI PADA KULIT
Sebaiknya, minyak wangi tidak disembur pada pakaian. Terdapat minyak wangi tertentu yang apabila disemburkan pada pakaian dapat menimbulkan noda, meninggalkan tanda seperti terkena titisan air dalam waktu yang lama.
3) SEMBUR TEPAT PADA TUBUH
Bahagian tubuh yang sebaiknya disemburkan minyak wangi ialah dalam pergelangan tangan, bahagian Dalam siku, belakang telinga, dada dan leher. Menggunakan minyak wangi di tempat-tempat tersebut membuatkan haruman tahan lebih lama.
4) JANGAN GOSOK BAHAGIAN SEMBURAN
Kebiasaan sebahagian orang akan mengunakan minyak wangi pada pergelangan tangan akan mengosok-gosokkan kedua pergelangan tangan tangan mereka. Cara ini sebenarnya akan menghilangkan aroma dari minyak wangi. Jadi biarkan minyak wangi mengering dengan sendirinya.
5) JANGAN GUNA AKSESORI SEBELUM PAKAI MINYAK WANGI
Bila terkena semburan, aksesori atau perhiasan akan berubah warna. Hasilnya aksesori anda tidak lagi kelihatan menarik.
6) GUNAKAN MINYAK WANGI SEWAJARNYA
Menggunakan minyak wangi secara berlebihan dapat menimbulkan perasaan kurang enak orang yang tidak gemarkan bauan tersebut. Tambahan pula, pengunaan minyak wangi dapat disesuaikan dengan jenis kulit. Bagi anda yang berkulit kering, memerlukan semburan minyak wangi yang lebih banyak, manakala bagi kulit berminyak, cukup sekadar menyemburkan sedikit sahaja.
7) SIMPAN PEWANGI DI TEMPAT YANG BETUL
Pastikan minyak wangi tertutup rapat dan disimpan di tempat yang kering dan sejuk serta terhindar daripada sinaran matahari. Dalam jangka waktu lama, aroma minyak wangi boleh berubah, sesuaikan isipadu minyak wangi dengan keperluan anda agar ia tidak tersimpan terlalu lama dan mengubah aroma menjadi tidak harum.

No comments:

Post a Comment